fbpx
King Sing pada sidang akhbar selepas Mesyuarat dan Pembentangan Pelan Tindakan Pejabat Tourism Malaysia Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Sasar 40 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan sasaran baharu iaitu 40 juta pelancong luar negara akan berkunjung ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah tersebut telah meningkat berbanding sasaran awal sebelum ini iaitu kira-kira 35.6 juta.

Malah katanya, pada tahun lalu, jumlah kedatangan pelancong luar telah melebihi 38 juta orang.

“Jadi untuk TMM 2026, saya sasar untuk mendapat 40 juta pelancong luar negara. Harap kita capai angka ini, lagi pun sehingga Jun lalu, jumlah pelancong (luar negara) telah capai 20.6 juta orang.

“Saya yakin kita boleh capai dengan kerjasama semua pihak. Kita kene berusaha lebih agresif kerana persaingan destinasi lain juga amat sengit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat dan Pembentangan Pelan Tindakan Pejabat Tourism Malaysia Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI