fbpx
Tangkap layar video Zainal Rashid sewaktu siaran langsung di media sosial, awal pagi tadi.

Fokus kesengsaraan Gaza bukan garisan kuning, merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jangan difikirkan sangat pasal kami di garisan kuning atau garisan merah ni. Ingat tuan-tuan, penduduk Gaza garisan apa pun dah tak ada dah,” kata Zainal Rashid Ahmad, seorang daripada sukarelawan Global Sumud Flotilla.

Bekas wartawan dan aktivis lebih dikenali sebagai ZRA Strim menerusi siaran langsung awal pagi tadi bersama seorang lagi sukarelawan Ustaz Mad Kecik memaklumkan, kapal mereka rosak dan kini ditarik oleh kapal lain untuk menuju ke Gaza, Palestin.

Malah, dimaklumkan kesemua mereka di dalam kapal termasuk kapten nekad untuk tidak berpatah balik atau berhenti sekali gus meneruskan perjalanan.

Ringkasan berkenaan siaran langsung kedua-dua sukarelawan tersebut turut dikongsikan oleh seorang bekas wartawan Syahril A. Kadir pada Facebook hari ini.

“Saya sempat mengikuti live (siaran langsung) mereka berdua sebentar tadi (kira-kira pukul 2 pagi). Kesemua mereka juga kini hanya mengambil makan seringkas dan sedikit mungkin.

“Ini bagi mengelak untuk sering ke tandas terutama dalam waktu kritikal sebegini. Makanan kata ZRA, hanya sekadar sesuap dua sehari.

“Telur pun tinggal sebiji saja lagi dalam kapal itu. Tak apalah, nanti balik (Malaysia) boleh makan katanya,” menurut hantaran oleh Syaril.

Selain itu, Zainal Rashid dan Ustaz Mad Kecik kini ditempatkan dalam bot yang paling kecil dalam keluarga flotila selepas bot mereka naiki sebelum ini rosak teruk.

Katanya, Zainal Rashid dan Ustaz Mad Kecik juga meminta semua orang untuk fokus kepada kesengsaraan warga Gaza dan bukan sangat kepada kepayahan dan kesukaran mereka hadapi dalam pelayaran berkenaan.

“Apalah sangat cabaran ini berbanding apa yang penduduk Gaza hadapi selama ini. Kalau nak berdoa pun lebihkan doa tuan-tuan pada mereka di Gaza.

“Doa pada kami andai kata kalau tuan-tuan nak bagi sedikit pun, tak mengapa, itu yang selayaknya,” kata Zainal Rashid seperti dipetik oleh Syahril. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN