fbpx
MBAPPE (tengah) berjaya meledak satu gol, namun terpaksa akur tewas teruk 2-5 kepada Atletico kelmarin. - AFP

Real buru kebangkitan di Kazakhstan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALMATY – Real Madrid bertekad untuk bangkit semula apabila berkunjung ke Kazakhstan menentang pendatang baharu, Kairat Almaty pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.

Skuad bimbingan Xabi Alonso dikejutkan dengan kekalahan besar 2-5 kepada Atletico Madrid dalam aksi hujung minggu lalu, meskipun sempat mendahului hasil jaringan Kylian Mbappe dan Arda Guler.

Kekalahan itu bukan sahaja menamatkan rekod sempurna Los Blancos musim ini, malah turut menyebabkan kedudukan tangga teratas La Liga kini jatuh ke tangan Barcelona yang menang 2-1 ke atas Real Sociedad awal pagi semalam.

“Perlawanan menentang Kairat adalah peluang terbaik untuk kami kembali fokus. Kami mahu buktikan kekalahan derby tidak menjejaskan keyakinan,” kata Alonso.

Real sebelum ini membuka kempen Eropah dengan kemenangan 2-1 ke atas Marseille, sebahagian daripada tujuh kemenangan berturut-turut yang diraih mereka pada awal musim.

Rekod Eropah juga memihak kepada gergasi Sepanyol itu apabila menang 24 daripada 30 pertemuan pertama dengan lawan baharu dalam sejarah saingan elit ini.

Bagaimanapun, Real perlu berwaspada kerana Kairat memiliki rekod tanpa bolos dalam empat aksi kelayakan di laman sendiri, malah tampil segar selepas menewaskan Zhenis 3-1 dalam aksi liga tempatan.

Dengan barisan bertaraf bintang dan reputasi sebagai 14 kali juara Eropah, Real dijangka tidak berdepan masalah besar untuk kembali bangkit, namun Alonso menuntut persembahan lebih mantap di gelanggang lawan berbanding musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI