fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram, memohon henti sebarkan video di klinik.

Isteri dicurangi, mohon henti sebar video di klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isteri kepada lelaki curang di sebuah klinik kesihatan pada minggu lalu memohon hentikan penyebaran video tular urusan peribadi keluarganya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, wanita tersebut mengaku tindakannya dipengaruhi emosi pada waktu itu dan berusaha menyelesaikan situasi melalui saluran yang betul.

“Saya juga mohon jasa baik semua yang telah menerima, menonton atau berkongsi semula video berkenaan supaya dapat menghentikan penyebaran. Hal ini bukan sahaja melibatkan aib diri saya dan pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak serta keluarga besar kami.

“Saya amat berharap agar orang ramai dapat menghormati ruang peribadi saya, memberi sokongan dan mendoakan agar dipermudahkan urusan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan dan membuat keputusan yang benar.

“Saya doakan yang baik-baik untuk awak. Buat solat istikharah, semoga ada jalan yang terbaik buat awak,” kata Nurkamalia.

“Semangat ya, awak tetap ibu kepada dua orang anak. Jangan risau, awak pasti boleh harungi semuanya,” komen @yy_16.

“Moga dipermudah semua urusan. Letakkan diri sendiri dahulu, kemudian barulah anak-anak,” komen @Nwauni

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan wanita berang setelah ‘berjaya’ menangkap suami yang didakwa curang bersama wanita lain ketika mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan.

Lelaki terbabit dilihat terkejut apabila isterinya sedang merakamnya yang cuba memeluk bahu wanita lain selepas mengambil ubat di kaunter kesihatan itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN