fbpx
Lisdawati tetap memastikan pakaiannya patuh syariah walaupun memilki hobi menunggang motosikal.

‘Tak pelik, saya pernah bawa motor KL-Sungai Petani balik hari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dipuji berpakaian sopan dan longgar ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ, pelakon Lisadawati mengakui kini dalam fasa memperbaiki diri.

Kata Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 47, soal berpakaian sopan menjadi keutamaan dalam setiap aktiviti yang dilakukan sama ada ketika berlakon, berlari atau menunggang motosikal.

“Menjaga pakaian bukan sahaja naik motor tetapi larian dan apa yang saya buat. Sekarang saya dalam fasa sedang memperbaiki diri sendiri.

“Berlakon pun ada benda-benda saya boleh buat dan ada yang tak boleh. Saya buat (tutup aurat) kerana Allah.

“Bila nak bawa motor atau berlari, saya akan fikir sesuai atau tak. Kalau orang cakap baik, alhamdulillah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, wanita yang mesra disapa Lisda itu berkongsi minatnya dalam menunggang motosikal yang jarang didedahkan kepada umum.

“Saya pernah naik motor dari KL ke Sungai Petani balik hari. Sebenarnya tak pelik untuk saya tapi pelik bagi peminat sebab saya jarang dedahkan apa saya buat.

“Bagi saya, saya hanya suka dedahkan benda berkaitan kerja. Apa saya buat, masih ada privasi bukan semua benda perlu dipamerkan.

“Sekarang minat saya bawa motor dan mulakan balik larian yang memang dari dulu saya suka buat dari sebelum kahwin,” ujarnya.

Sebelum ini, Lisda dipuji menjaga penampilan ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ bersama suaminya Fauzi Nawawi.

Malah, ada yang berharap orang ramai dapat menjadikan Lisda sebagai contoh kepada wanita di luar sana untuk lebih menjaga pemakaian walaupun ketika beriadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI