fbpx
Dollah Salleh kini menggalas tugas selaku Naib Presiden FAM.

‘Kita tunggu lagi 10 hari’ – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TINDAKAN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya menimbulkan pelbagai persepsi dan andaian tidak baik.

Hukuman tersebut seakan menyerlahkan badan induk bola sepak dunia itu membuat pusingan U memandangkan mereka sudah memberi lampu hijau kepada tujuh pemain berkenaan beraksi bersama Harimau Malaya.

Naib Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh turut bingung dengan dua keputusan berbeza dibuat oleh FIFA, namun percaya khabar positif akan berpihak kepada Malaysia.

“Setakat ini daripada apa saya ketahui, Alhamdulillah dan InsyaAllah perkara ini tidak akan berpanjangan. Kerana jika kita lihat, keputusan awal telah pun dibuat dan pelepasan diberikan, mengapa baharu sekarang (hukuman diberikan)?

“Saya rasa perkara ini akan selesai dalam masa terdekat dengan keputusan yang positif untuk FAM,” katanya ketika ditemui pada Klinik Bola Sepak Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Klinik bola sepak itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya adakah keputusan FIFA itu sebagai sesuatu yang ‘kelakar’ buat para peminat bola sepak di Malaysia, Dollah lebih berpandangan supaya semua tunggu dan lihat sahaja pengakhirnyannya nanti.

“Saya percaya pihak atasan dan kami sebenarnya sudah mengadakan perbincangan. Saya yakin dan seperti yang saya katakan, kita perlu tunggu dan lihat dalam tempoh 10 hari,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN