fbpx
Tangkap layar video Zainal Abidin atau ZRA Strim berkongsi situasi terkini misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

[VIDEO] Sumud Flotilla: ‘Ada empat, lima hari lagi nak sampai Gaza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dijangka mengambil masa empat atau lima hari lagi untuk tiba di Gaza, Palestin bagi menyempurnakan konvoi membawa sumbangan untuk penduduk di sana.

Aktivis dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim berkata, bot-bot yang menyertai misi tersebut akan meneruskan pelayaran tanpa henti serta terus ke Gaza.

“Hari ini adalah hari ke-10 kami di Pantai Crete di Greece. Kami berlabuh dua hari bagi membolehkan kerosakan dibaiki. Layar kami ini terkena serangan pada 24 September dan telah ditukar dan diganti dengan layar separuh.

“Kami memerlukan empat, lima hari lagi untuk sampai ke Gaza menyeberangi terus ke sana tanpa hentian pada jarak 450 batu nautika. Selepas 350 batu nautika masuk ke zon antarabangsa dikawal kapal angkatan laut Itali dan Sepanyol.

“Ada sedikit perlindungan daripada Greece dan Turkiye untuk 100 batu nautika terakhir dan semua yang belayar akan menghadapi sendirian tanpa perlindungan apabila masuk ke perairan dikuasai Israel,” katanya pada video dimuat naik hari ini.

Dalam pada itu, Zainal Rashid memohon rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kesemua sukarelawan tersebut untuk sampai ke Gaza bagi membawa bekalan perubatan, makanan termasuk keperluan kanak-kanak seperti susu dan sebagaiya.

“Betapa bersemangat berkobar-kobar dengan bendera Palestin dan Sumud Flotilla dikibar setiap kapal.

“Perjuangan akan diteruskan oleh Global Sumud Flotilla dan rakan-rakan Sumud Nusantara dalam memastikan usaha masyarakat dunia, kami laksanakan atas cita-cita bebaskan Gaza,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, sebuah bot layar Global Sumud Flotilla mengalami kerosakan serius selepas terkena serangan dron Israel yang melepaskan bahan letupan jenis stun grenade pada 24 September lalu.

Kapal tersebut membawa salah seorang sukarelawan Malaysia iaitu Zainal Rashid dan layar kapal itu koyak teruk pada hari kesembilan pelayaran. – KOSMO! ONLINE

@zrastrimTITIK AKHIR M E N U J U G H A Z Z A H Crete Greece titik akhir menyeberang masuk ke Ghazzah. Pada jarak 450 batu Nautika; sekitar 4 hari perjalanan. Selepas 350 batu Nautika zon antarabangsa — konvoi Global Sumud Flotilla akan masuki pantai Ghazzah. Melintasi garis 100 batu Nautika terakhir; ertinya masuki ke kawasan jajahan IS L. Pelbagai teori diperkatakan; pelbagai latihan dijalankan. Selebihnya – atas setiap usaha; hanya pada Allah tempat b e r s e r a h . “Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.” Fokus pelayaran ‘tanpa keganasan’ — kekal dengan usaha ‘memecah kepungan’ dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Ghazzah. Doakan Ghazzah dibebaskan.♬ original sound – ZRA STRIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI