fbpx
RAFIQ (tengah) berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Piala Samho yang terkenal sebagai salah satu kejohanan paling mencabar. - MTBC

Rafiq abadi kemenangan buat arwah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH boling negara, Muhammad Rafiq Ismail menganggap gelaran sulungnya di Piala Samho, Korea Selatan kelmarin sebagai kemenangan paling berharga dalam karier apabila ia hadir hanya sehari selepas pemergian bapanya, Ismail Nimat.

Bagi juara dunia 2018 itu, kejayaan menundukkan pilihan tuan rumah, Lim Seung-won 256-224 dalam aksi final kelmarin bukan sekadar menambah koleksi trofi, tetapi simbol kasih seorang anak yang tidak sempat mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

“Menang kejohanan ini memang bermakna, tapi ia lebih emosional kerana saya kehilangan ayah sebelum separuh akhir. Beliau adalah penyokong terbesar saya, sentiasa bersama dalam setiap detik perjalanan saya. Kemenangan ini saya hadiahkan untuknya,” kata Rafiq.

Jaguh berusia 27 tahun itu mengakui sepanjang beraksi, dia merasakan seolah-olah semangat bapanya hadir memberi kekuatan, sekali gus membantunya kekal fokus meskipun berdepan ujian paling berat dalam hidup.

“Saya rasa macam ayah bersama saya hari ini. Memang sedih tidak sempat jumpa kali terakhir, tapi saya berdoa agar kejohanan ini berbaloi kerana ia akan jadi kenangan abadi setiap kali saya ingat hari ayah pergi,” jelasnya lagi.

Kejayaan di Piala Samho yang terkenal sebagai salah satu kejohanan paling mencabar dalam kalendar boling dunia, menjadi bukti ketahanan mental Rafiq untuk terus mengangkat nama Malaysia meskipun berdepan tekanan emosi luar biasa.

Rafiq sebelum ini sudah membina reputasi sebagai antara pemain terbaik rantau ini dengan pelbagai gelaran antarabangsa, namun kejayaan kali ini jelas memiliki nilai peribadi yang tidak ternilai.

“Walaupun ayah tiada bersama saya secara fizikal, saya yakin dia melihat saya. Saya dedikasikan kemenangan ini sepenuhnya untuk beliau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI