fbpx
PIZA wagyu menu wajib cuba.

Piza bakar kayu api tarikan Temuan Hills

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAYANGKAN, sepotong piza panas dengan kerak nipis, bahagian kelilingnya kembung tetapi lembut di dalam serta garing di luar.

Keju mozzarella fior di latte meleleh, bercampur dengan sos tomato pekat yang seimbang antara rasa masam dan manis.

Saat digigit, bunyi rangup kerak kayu api berpadu dengan kelembutan doh yang ringan dan berongga, seolah-olah cair di mulut.

Asap halus kayu api masih berlegar di udara, membawa aroma yang sukar ditiru oleh piza yang dimasak dalam ketuhar moden.

Rasanya klasik dan boleh dinikmati di tengah-tengah hutan dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang.

Menu yang diberi nama ‘meltique beef piza’ itu merupakan hidangan paling laris di Restoran Temuan Hills Glamping, Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut pemilik restoran, Intan Diana Ujang, 34, keistimewaan piza di Temuan Hills bukan sekadar pada rasanya, malah cara pembuatannya.

“Kami menggunakan doh gaya contemporary Neapolitan dengan proses fermentasi dua hingga tiga hari untuk mendapatkan tekstur ringan serta berongga.

“Setiap piza dimasak dalam ketuhar kayu api buatan sendiri pada suhu sekitar 380 hingga 450 darjah Celsius, selama 60 hingga 120 saat,” katanya kepada CitaRasa.

INTAN (tengah) menerima kunjungan wakil media ketika promosi lokasi pelancongan di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Selain meltique beef piza, antara pilihan lain yang tidak kurang popular adalah wagyu piza, chicken apricot dan seafood dance.

Secara keseluruhan, restoran tersebut menawarkan 11 jenis piza, dengan beberapa menu edisi khas yang hanya muncul pada bulan-bulan tertentu.

Untuk menjaga keaslian rasa, hampir semua bahan utama di Temuan Hills diimport terus dari Itali.

Doh dihasilkan menggunakan tepung khas dari Itali, manakala semolina digunakan semasa menguli bagi menjadikan teksturnya halus serta tidak mudah melekat.

Piza di restoran tersebut ditaburi dengan mozzarella premium yang meleleh lembut dan berkrim, manakala minyak digunakan hanyalah minyak zaitun asli tanpa sebarang pengganti.

Bagi melengkapkan rasa, Intan Diana turut menyediakan sos buatan sendiri dalam dua variasi iaitu sos tomato yang pekat serta sos putih berkrim.

ANEKA pilihan minuman mocktail disediakan untuk tetamu

Gabungan bahan-bahan premium itu menjadikan setiap hidangan piza di Temuan Hills berbeza daripada restoran biasa.

Kongsi Intan Diana lagi, keaslian teknik membuat piza di Temuan Hills diperoleh melalui kelas dalam talian bersama cef dari Itali, Salvatore serta beberapa kelas di Malaysia.

Selain piza, Temuan Hills menyajikan pilihan pasta klasik Itali seperti carbonara, aglio olio, marinara, dan arrabiata.

Hidangan di restoran tersebut juga dilengkapi dengan variasi barbeku serta moktail segar yang menambah kesempurnaan pengalaman menjamu selera di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN