fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang individu tidak dikenali telah menceroboh dan tidur dalam bilik penghuni hotel lain.

[VIDEO] Macam mana boleh masuk, hotel mana ni?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelanggan sebuah hotel meluahkan rasa geram apabila bilik yang disewa mereka telah diceroboh oleh individu tidak dikenali.

Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Pumpkinishhh berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia pulang bersiar-siar di hotel tersebut.

“Ada seseorang tidur dalam bilik hotel kami. Resort paling teruk kami menginap. Kami takkan menginap di sini lagi selepss ini.

“Balik berjalan nak tidur, Sekali ada orang tidur dalam bilik,”luahnya kecewa.

Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyatakan nama hotel tersebut dan tarikh kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan hotel tersebut yang dianggap cuai dan leka.

“Macam mane dia boleh masuk? hotel mana ni,”soal @Mummy Anaqi & Ali.

“Tak faham, macam mane kunci setiap bilik boleh sama? Biasanya ada tempat satu pelabggan dia akan bagi dua kunci atau satu kunci untuk satu keluarga Jadi receptionist tersalah bg kunci ke macam mane?,”kata @Ikhlassabardansyu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Nuha_lee

“Saya pun pernah kena macam ni . Penjaga kaunter pelanggan tak salah bagi kunci . Tapi pelanggan tu yang salah masuk bilik kami . Kami ‘queen’, depa ‘twin’. Dia kata pintu bukak, dia main masuk je,”tulisnya. – KOSMO! ONLINE

@pumpkinishhh Resort paling teruk pernah stay and i would never stay here lagi. Balik berjalan nak tido, sekalii ada orang tido bilik. #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN