fbpx
Derrick memecahkan rekod dunia selepas memiliki ketinggian 167 sentimeter. - SWNS

Derrick keldai paling tinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seekor keldai jantan gergasi di Britain menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki ketinggian 167 sentimeter, lapor akhbar The Sun UK. 

Haiwan baka Mammoth Jackstock Amerika bernama Derrick itu mencatatkan rekod dunia untuk keldai paling tinggi yang masih hidup.

Pemilik haiwan tersebut, Tracy Garton berkata, saiz Derrick besar semasa dilahirkan dan tumbesarannya belum berhenti. 

“Derrick masih belum selesai membesar kerana keldai biasanya berhenti membesar apabila mencapai usia tujuh tahun. 

“Meskipun gergasi, Derrick sangat lemah lembut dan peramah. Derrick seperti anjing kerana ia akan mengikut anda sepanjang masa dan mahu berada di sisi anda,” kata Garton. 

Pencapaian itu mengatasi pemegang rekod sebelumnya, keldai bernama Romulus di negeri Texas pada 2013. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN