fbpx
AIMAN (tengah) ketika menjalani latihan menjelang perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTDL) 2025 pada 28 September ini di Langkawi hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

LTdL: Aiman akui sukar cabar jersi putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Juara berbasikal lebuh raya kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli realistik dengan peluang untuk mencabar jersi putih selaku pelumba terbaik Asia pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 bermula Ahad ini.

Kehadiran pasukan-pasukan lain yang mempertaruhkan pelumba terbaik masing-masing mampu menjadi penghalang buat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu bagi merealisasikan impiannya.

Aiman berkata, persaingan bagi merebut jersi putih kali ini lebih sukar, ditambah pula dengan kehadiran pelumba-pelumba daripada pasukan yang turun dengan status sebagai Pro Tour.

“Untuk mendapatkan jersi Asia bagi saingan tahun ini memang agak sukar kerana saingan pasukan-pasukan lain serta rakan sepasukan sendiri. Memang boleh lawan tetapi ada ramai pelumba pro yang lain seperti Astana.

“Saya juga berharap untuk melakukan sesuatu yang berbeza berbanding edisi dua tahun lalu atau sebelumnya. Saya akan cuba tampilkan kayuhan terbaik dan lebih daripada biasa,” katanya ketika ditemui di Langkawi hari ini.

Sebagai rekod, pelumba berusia 26 tahun itu pernah menyarung jersi selaku pelumba terbaik Asia dalam satu peringkat perlumbaan pada saingan musim lalu.

Tambah Aiman, dia juga sudah melakukan persiapan terbaik dalam tempoh beberapa minggu ini, termasuk menyertai perlumbaan di China bagi memantapkan lagi kayuhannya serta kelajuan basikal.

“Dalam beberapa minggu ini memang saya sudah buat persiapan dengan menyertai perlumbaan di China dan ia sangat laju. Memang saya sudah bersedia untuk menghadapi LTdL kali ini, termasuk dari segi fizikal dan mental,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN