fbpx
SPURS ketika ini berada pada landasan tepat apabila masih belum tewas daripada empat perlawanan terakhir. - AFP

Spurs dijangka mudah kutip tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tottenham Hotspur mahu meneruskan permulaan positif di bawah kendalian Thomas Frank apabila bakal berdepan kunjungan Wolverhampton Wanderers dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Spurs hadir dengan keyakinan tinggi selepas membenam Doncaster 3-0 pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), keputusan yang menambah rekod tiga kemenangan serta satu seri dalam empat perlawanan terakhir di semua kejohanan.

Lebih meyakinkan, Frank sudah mengutip 10 mata daripada lima aksi pertama EPL bersama Spurs iaitu rekod dua kali ganda lebih baik berbanding pencapaian 12 perlawanan terakhir era bekas pengendali terdahulu, Ange Postecoglou.

Penyokong juga masih segar dengan kebangkitan dramatik minggu lalu apabila Spurs bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk seri 2-2 menentang Brighton iaitu keputusan yang hanya dipisahkan jaringan dengan seteru utama, Arsenal.

Sejarah juga memihak kepada Spurs di laman sendiri apabila mereka tidak pernah tewas dalam 15 perlawanan EPL menentang pasukan tercorot liga, meraih 12 kemenangan sepanjang rekod tersebut.

Sebaliknya, Wolves datang dengan rekod buruk apabila menjadi satu-satunya pasukan yang tewas lima perlawanan berturut-turut musim ini, sekali gus berada di tangga tercorot.

Kekalahan kali ini bakal menjadikan mereka pasukan keempat dalam sejarah EPL yang bermula dengan enam kekalahan berturut-turut.

Jika Spurs berjaya meraih tiga mata penuh, Frank bukan sahaja mengekalkan permulaan cemerlangnya, malah memberi isyarat jelas bahawa Spurs sudah bersedia kembali sebagai pencabar serius EPL musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN