fbpx
Tangkap kayar memaparkan hantaran gambar oleh lelaki berkenaan dalam kumpulan Cari Jodoh di laman Facebook.

Ramai ‘back up’ Abang Guard cari jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dia cari jodoh, bukan buat lawak, yang gelak itu kenapa?”

Itu antara reaksi orang ramai terhadap tindakan seorang lelaki yang berkongsi gambar memakai pakaian pengawal keselamatan dalam kumpulan Cari Jodoh di laman Facebook.

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan turut berkongsi informasi diri sebagai duda dan pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.

“Saya serius mencari jodoh sebagai usaha dan selebihnya berserah kepada Allah,” menurutnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kejujurannya dalam berkongsi informasi dirinya

“Seorang yang jujur, tidak berpura-pura, tidak sombong dan paling penting tidak hipokrit. Terbaik abang, semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Ahmad Fauzi.

“Mahu mencari jodoh di Facebook pun mahu fikir banyak kali, nak letak gambar terbaik supaya diterima jika ada yang sudi. Sekurang-kurangnya abang ini menjadi diri sendiri,” komen Umi.

“Seseorang terus jadi budiman terutama bila tidak hipokrit. Semoga abang jumpa jodoh yang terbaik disisi,” kata Wan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN