fbpx
MUHAIZAR (tiga, kanan) bersiap sedia untuk ke Sukan SEA Thailand sekiranya terpilih mewakili negara ke temasya dwitahunan tersebut pada Disember ini nanti. -FOTO Puma

Muhaizar pasang impian ke Sukan SEA Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelari maraton negara, Muhaizar Mohamad, masih menanti ‘lampu hijau’ untuk beraksi di Sukan SEA 2025 Thailand, walaupun ketika ini sudah melepasi had masa kelayakan awal ke temasya dwitahunan tersebut.

Pemenang pingat gangsa acara maraton dalam dua edisi Sukan SEA di Kuala Lumpur dan Filipina itu berkata, catatan masa dua jam 28 minit 47 saat yang dilakarnya sewaktu Maraton Gold Coast Julai lalu belum cukup untuk melayakkannya secara automatik di bawah Kategori A.

“Untuk layak secara automatik, saya perlu berada dalam kalangan tiga pelari terpantas Asia Tenggara yang kebiasaannya mencatat masa sekitar 2 jam 15 minit atau lebih laju.

“Buat masa ini, saya berada di sekitar kedudukan ketujuh atau kelapan dalam senarai rantau ini. Jadi, saya belum layak secara automatik.

“Saya kini menanti keputusan rasmi daripada badan sukan negara, sama ada saya akan disenaraikan di bawah Kategori B ataupun tidak,” katanya ketika ditemui pada majlis #GOWILD Running Experience oleh PUMA Malaysia yang berlangsung pada hingga Ahad ini di Pavilion KL.

Biarpun usianya sudah menginjak 40 tahun, semangat Muhaizar untuk membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA tidak pernah luntur, malah semakin membara selepas menandatangani kontrak penajaan bersama jenama kasut sukan antarabangsa PUMA.

Muhaizar kini sedang giat mempersiapkan diri bagi menghadapi acara larian bertaraf antarabangsa, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 (KLSCM) pada 5 Oktober ini.

“Persiapan untuk KLSCM berjalan lancar. Saya sasarkan podium dan akan gunakan perlumbaan ini untuk menguji taktikal serta ketahanan. Ini juga medan penting untuk saya kekal kompetitif,”tambahnya.

Untuk rekod, catatan masa terbaik peribadi Muhaizar ialah 2 jam 26 minit 27 saat yang direkodkan pada Maraton BMW Berlin 2018. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN