PETALING JAYA – Kemenangan 4-2 Selangor FC ke atas Tampines Rovers di Kejuaraan Kelab Asean (ACC) belum cukup untuk mengukuhkan reputasi pengendalinya, Katsuhito Kinoshi yang direhatkan daripada tugasan bersama skuad utama.
Pengumuman itu dibuat The Red Giants menerusi media sosial pasukan yang kini sedang mengintai jurulatih baharu bagi membimbing kelab berkenaan.
“Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau sebagai ketua jurulatih pasukan utama.
“Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC.
“Tanggungjawab ketua jurulatih pasukan utama kini digalas Christophe Gamel secara interim sementara kelab menjalani proses pelantikan seorang ketua jurulatih tetap yang baharu,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE