fbpx
PU Rahmat

Sumud Flotilla: ‘Setakat ini semuanya baik-baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza sedang berlayar dengan aman ketika ini.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat berkata, misi pelayaran tersebut dalam keadaan baik.

“Sekarang adalah giliran saya berjaga malam di kapal. Setakat ini semuanya baik-baik.

“Terima kasih nusantara yang mendoakan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

GSF malam tadi memaklumkan menerima maklumat mengenai ancaman serangan Israel terhadap flotila mereka dalam tempoh 48 jam akan datang.

Serangan itu dijangka melibatkan penggunaan senjata berat yang berupaya menenggelamkan kapal, mencederakan malah membunuh peserta misi kemanusiaan itu.

GSF mengambil langkah meningkatkan keselamatan semua peserta termasuk pelan kontingensi sekiranya berlaku serangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI