fbpx
Misi Global Sumud Flotilla memulakan pelayaran pada 31 Ogos lalu dari pelabuhan Barcelona.

Sumud Flotilla: Ancaman lebih ganas dijangka dalam tempoh 48 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Global Sumud Flotilla (GSF) menerima maklumat risikan yang dipercayai sahih mengenai ancaman serangan Israel terhadap flotila mereka dalam tempoh 48 jam akan datang.

GSF dalam kenyataan hari ini berkata, serangan tersebut dijangka melibatkan penggunaan senjata berat yang berupaya menenggelamkan kapal, mencederakan malah membunuh peserta misi kemanusiaan itu.

Ekoran itu, GSF telah mengadakan sidang akhbar kecemasan secara maya melalui platform Zoom berkenaan situasi tersebut pada pukul 3 petang (waktu tempatan) tadi.

Sidang akhbar tersebut memberikan gambaran situasi semasa di laut, disamping menyeru kerajaan dan badan antarabangsa agar segera campur tangan bagi menjamin keselamatan laluan flotila.

“Risikan yang diterima malam tadi menunjukkan Israel berkemungkinan melancarkan serangan berskala besar dengan senjata yang lebih berat.

“Ancaman ini tidak hanya menjejaskan keselamatan flotila, malah boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,” jelas kenyataan itu.

Bagi menjawab ancaman ini, Jawatankuasa Pemandu GSF dilaporkan telah mengambil langkah segera untuk meningkatkan keselamatan semua peserta termasuklah pelan kontingensi sekiranya berlaku serangan.

Sidang media tersebut menampilkan beberapa tokoh penting termasuk bekas Ahli Parlimen Afrika Selatan, Nkosi Zwelivelile Mandela, Jawatankuasa Pemandu GSF, Yasemin Acar dan Kleoniki Alexopoulou dan peguam antarabangsa Lamis J. Deek.

Dalam sidang media itu, para penceramah membentangkan maklumat risikan terkini, mengulas implikasi undang-undang serangan terhadap kapal bantuan, serta menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak berdiam diri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI