fbpx
Nur Atiqah yang dilaporkan hilang itu.

Nur Atiqah hilang lebih seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sekitar Kapar di sini, sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan kehilangan wanita dikenali Nur Atiqah Abdul Hisham. berusia 30 tahun diterima kira-kira pukul 9.32 pagi, 17 September lalu.

“Nur Atiqah hilang selepas keluar daripada rumahnya yang beralamat di Jalan Jambu Meru, Kapar. Wanita berkulit kuning langsat itu berketinggian 160 sentimeter manakala beratnya 85 kilogram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Justeru, Vijaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32913344 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabarudin Yahya di 019-2326287 bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI