fbpx
ALONSO masih mahu kekal membantu Aston Martin mendapatkan sebuah jentera terbaik dan mampu menyaingi kelompok hadapan dalam saingan F1. - AFP

F1: Alonso beri syarat tinggalkan trek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Fernando Alonso memberi bayangan bakal menamatkan kariernya dalam Formula Satu (F1) sekiranya Aston Martin mampu menyediakan jentera yang benar-benar kompetitif pada musim hadapan.

Pelumba Sepanyol itu, yang akan menginjak usia 45 tahun Julai depan, mengakui bakal membuat keputusan bersara andai dapat menamatkan penantiannya terhadap sebuah kereta berdaya saing.

“Jika semuanya berjalan lancar, saya fikir ia adalah masa yang amat sesuai untuk berhenti. Sudah bertahun-tahun saya mengejar sebuah jentera dan perlumbaan yang kompetitif. Jika saya memperolehnya, ia adalah cara terbaik untuk menoktahkan karier saya.

“Jika kami berdaya saing, maknanya tugas saya sudah berakhir bersama pasukan ini dan saya akan bersara. Jika kami tidak kompetitif, amat sukar untuk saya berputus asa tanpa mencuba lagi,” katanya.

Kali terakhir Alonso memenangi perlumbaan F1 pada Grand Prix Sepanyol 2013 ketika bersama Ferrari dengan dua gelaran dunia sebelum itu diraih bersama Renault pada 2005 dan 2006.

Kontraknya bersama Aston Martin dijadual tamat pada penghujung musim 2026, iaitu ketika F1 memasuki era baharu enjin dengan Honda tampil sebagai pengeluar unit kuasa.

Keputusan Alonso untuk terus kekal bersama pasukan berpangkalan di Silverstone itu turut dilihat sebagai tanda keyakinannya terhadap projek jangka panjang Aston Martin.

Lebih menarik, prospek pasukan tersebut kini semakin kukuh selepas berjaya mendapatkan khidmat pereka dan pakar aerodinamik terkemuka, Adrian Newey, yang terkenal dengan kejayaan bersama Red Bull dan pasukan ternama lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI