fbpx
CHIESA semakin menyesuaikan diri di Liverpool dan mula menunjukkan peningkatan aksi musim keduanya di Anfield. - AFP

EPL: Chiesa ikrar cabar posisi di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pemain sayap Liverpool, Federico Chiesa masih memiliki keinginan besar untuk meneruskan kariernya dan meraih kejayaan bersama Liverpool tanpa mahu berputus asa.

Chiesa mempamerkan prestasi terbaik ketika Liverpool menewaskan Southampton 2-1 pada aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris apabila melakukan dua umpanan yang disudahkan oleh Alexander Isak dan Hugo Ekitike.

Prestasi tersebut membolehkan dia dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan mengakui musim ini lebih baik untuknya berbanding musim lalu apabila hanya beraksi 104 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris dalam enam perlawanan.

Chiesa juga terdesak untuk mengubah pendirian pengurusnya, Arne Slot untuk kembali menamakan dirinya untuk berada dalam skuad di Liga Juara-Juara terutama ketika Liverpool memiliki kekosongan selepas Giovanni Leoni terpaksa diketepikan ekoran kecederaan lutut serius.

“Musim lalu cukup sukar, tetapi saya fikir ketika itu saya belum mencapai tahap yang diinginkan oleh pengurus untuk beraksi. Saya memahami pilihan beliau, namun musim ini berbeza.

“Saya berasa lebih baik dari segi fizikal dan mental. Pengurus melihat perubahan itu dan mula memberikan saya lebih banyak peluang.

“Jika anda seorang pemain Liverpool, anda perlu mampu untuk memberikan perbezaan kepada pasukan. Saya sangat gembira buat masa ini dan akan terus bekerja keras untuk mendapat lebih banyak peluang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN