fbpx
SEBUAH ambulans digunakan untuk membawa mangsa ke hospital. - Foto MDA

22 cedera, dron Houthi meletup bandar Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAITULMUQADDIS – Sekurang-kurangnya 22 orang cedera, termasuk dua parah selepas sebuah dron dari Yemen mengenai bandar Eilat di  selatan Israel  semalam, lapor saluran berita CNN yang memetik kenyataan pegawai Israel.

Rakaman video dan imej oleh pasukan kecemasan memaparkan dron itu jatuh berhampiran kedai serta restoran. 

Serangan itu berlaku pada jam-jam terakhir sambutan Rosh Hashanah iaitu tahun baharu Yahudi.

Kumpulan Houthi disokong Iran berulang kali melancarkan dron dan peluru berpandu balistik ke arah Eilat serta kawasan lain di selatan Israel tetapi kebiasaannya berjaya dipintas. 

Tidak jelas bagaimana dron kali ini berjaya menembusi sistem pertahanan udara canggih Israel.

“Percubaan memintas telah dilakukan, manakala pasukan mencari dan menyelamat sedang bertugas  di kawasan yang terkena impak,” kata Tentera Israel dalam satu kenyataan.

Menurut Magen David Adom (MDA) yang merupakan perkhidmatan kecemasan Israel, kebanyakan mangsa cedera terkena serpihan letupan. 

Seorang lelaki berusia 60 tahun parah selepas terkena serpihan dron  pada anggota badannya, manakala seorang penduduk berumur 26 tahun mengalami kecederaan parah di dada. 

Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera sederhana.

Sebuah helikopter tentera turut dihantar untuk membawa keluar mangsa-mangsa yang cedera.

Kumpulan Houthi di Yemen kemudian mengaku bertanggungjawab, menyifatkan serangan itu sebagai operasi ketenteraan berkualiti.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berikrar akan membalas dendam terhadap Houthi selepas serangan ke atas bandar tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN