fbpx
Ram Singh ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini.

Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ketiga beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini petang ini dijangka mendengar keterangan saksi kanak-kanak ketiga pada prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Saksi itu memberi kesaksian sejurus saksi kanak-kanak kedua selesai memberi penerangan di mahkamah sama pada sebelah pagi.

Peguam, Datuk Ram Singh berkata, saksi kedua setakat ini memberi keterangan dalam keadaan baik.

“Prosiding pada sebelah pagi mengambil masa panjang. Ia berikutan membabitkan pasukan peguam daripada pihak ibu bapa Zara Qairina yang mengemukakan soalan.

“Apabila selesai, kita akan mula dengan seorang lagi saksi yang juga saksi kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Ram berkata, pegawai pengendali inkues menyediakan dua lagi saksi untuk sesi hari ini, namun kemungkinan hanya seorang yang sempat dipanggil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI