fbpx
Anwar menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi sebagai kehilangan besar buat umat Islam.

Umat Islam kehilangan seorang ulama besar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seluruh umat Islam di Malaysia berduka menerima perkhabaran kemangkatan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah serta banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat.

“Mewakili rakyat Malaysia, saya menzahirkan simpati dan takziah buat seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang pastinya menangisi pemergian besar ini.

“Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan Mufti Besar Arab Saudi sejak 1999 meninggal dunia semalam.

Solat jenazah diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI