fbpx
Putera Iman Shah disambut oleh kakitangan UUM untuk mendaftar sebagai penuntut baharu di UUM Sintok, hari ini.

‘Asalkan cemerlang, miskin atau yatim piatu kami sambut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINTOK – Seorang remaja yang merupakan yatim piatu hadir seorang diri ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini hanya bertemankan beg hitam besar dengan langkah longlai demi segulung ijazah.

Kesedihan Putera Iman Shah Shahiran, 19, yang kehilangan ibu sejak tingkatan satu dan bapanya pula bulan lalu bagaimanapun sedikit terubat apabila disambut mesra kakitangan universiti ketika tiba di Stesen Keretapi Arau, Perlis pada pukul 12.15 tengah hari ini.

Menurut Puteri Iman Shah, walaupun hari ini sepatutnya menjadi hari cukup bahagia dalam hidupnya, namun tanpa kehadiran kedua-dua orang tuanya itu dia menjadi sedikit sedih.

“Bila tiba di stesen itu saya jadi hilang arah dan terpinga-pinga. Saya tidak tahu nak buat apa.

“Namun semua berubah apabila saya dipertemukan dengan beberapa kakitangan universiti yang memaklumkan bahawa mereka datang untuk menjemput saya ke kampus, saya rasa sedikit lega,” katanya dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurutnya, dia yang mendaftar program Sarjana Muda Pemasaran UUM dengan CGPA 3.71 dari Kolej Matrikulasi itu kini tekad menjadikan pendidikan sebagai bekalan masa depan meskipun kehilangan tempat bermanja.

“Saya anak tunggal dan kini kehilangan tempat bermanja. Apa pun yang terjadi saya perlu kuat dan berusaha keras menjadi orang yang berjaya.

“Cuma mungkin sesekali saya akan rasa bersedih kerana saat-saat yang gembira ini tidak dapat dikongsi bersama ibu dan ayah.
Ayah meninggal dunia dalam tidur beberapa minggu lepas dan sebelum ‘pergi’ ayah selalu nasihatkan walau apa pun terjadi saya harus kuat,” katanya.

Dalam pada itu menurut Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan, UUM hari ini menerima kemasukan 4,549 pelajar baharu terdiri dari dalam negara dan luar negara yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda bagi sesi 2025/2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI