KOTA BHARU – Bapa kepada Amir Raja Lawak iaitu Azmi Deris meninggal dunia malam tadi.
Khabar sedih itu dikongsikan oleh Amir Raja Lawak atau Mohammad Amirullah Azmi, 36, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.
Amir Raja Lawak menerusi hantaran itu memaklumkan bapanya meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.
“Jenazah arwah abah saya akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi (hari ini) di Masjid Desa Rahmat, kemudian akan terus di bawa ke Tanah
Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.
“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya,” katanya.
Amir memberitahu, segala urusan mengenai arwah ayahnya akan dimaklumkan menerusi Facebook.
Media sebelum ini melaporkan, ayah kepada pelakon dan pelawak itu menghidap kanser usus. – KOSMO! ONLINE