fbpx
SEORANG wanita duduk di tengah halan raya di Vadodara. - Foto NDTV

Wanita duduk di tengah jalan, merajuk roti puri tidak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita mengadakan protes dramatik di sebatang jalan di bandar Vadodara, negeri Gujarat disebabkan makanan yang dibeli tidak cukup, lapor portal berita Gulf News.

Kejadian berlaku berhampiran Tasik Sursagar, apabila wanita itu mendakwa dirinya ditipu oleh seorang penjaja. 

Wanita itu membayar 20 rupee (RM0.95) untuk enam keping roti puri, tetapi katanya, dia hanya menerima empat keping makanan itu, baru-baru ini. 

Berasa dirinya ditipu, dia duduk di tengah jalan raya dan enggan berganjak.

Pengguna jalan raya lain terpaksa mengelak daripada melanggarnya ketika orang ramai merakam kejadian itu. 

Apabila polis tiba, keadaan menjadi lebih dramatik, wanita itu mula menangis sambil berkeras menyatakan, dia mahu enam roti puri juga.

Selepas beberapa jam mengganggu lalu lintas, pihak berkuasa akhirnya campur tangan.

Jalan raya kembali lancar selepas polis mengiringinya pergi. 

Namun, masih tidak jelas sama ada dia mendapat dua puri tambahan yang dituntutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN