fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Ain Syafiqah di TikTok merakam lampu sorot trak tunda ganggu pemanduan.

[VIDEO] ‘Abang lori, silau sangat lampu belakang tu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Abang, lampu belakang, silau,” itu jeritan seorang lelaki kepada trak tunda yang memasang lampu sorot (spotlight) sehingga menyebabkan pemanduannya terganggu akibat silau.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Ain Syafiqah, dia dan suaminya terpaksa bertindak demikian selepas hon beberapa kali diberikan kepada pemandu trak berkenaan.

“Suami jerit lori towing (trak tunda) buka lampu spotlight (sorot) belakang,” menurut kapsyen dalam video TikTok berdurasi dua minit itu.

Katanya, jalan dua hala yang kecil membuatkan pasangan suami isteri itu bimbang sekiranya berlaku kemalangan.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berpandangan situasi itu membahayakan pemanduan pengguna jalan raya lain dan boleh menyebabkan kemalangan.

“Dia punya silau tu macam nak ke syurga,” kata Umi

“Memang sengaja ke buat lampu macam itu, boleh buat orang kemalangan,” komen @nrulnaim

“Kepada pemandu lori yang buka lampu spotlight belakang ini, apa keperluan sebenarnya?,” soal @zoeyl4d93

“Tengok video pun rasa silau, pemandu belakang lori lagilah silau,” kata Ekin. – KOSMO! ONLINE

@ainsyafiqah1305Part suami jerit, 🤣Lori towing buka sportling belakang♬ original sound – AinSyafiqah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN