fbpx
VERSTAPPEN berjaya menguasai saingan di GP Azerbaijan sekali gus membuka peluang dalam perebutan kejuaraan dunia pemandu musim ini. - AFP

Verstappen berjaya tawan GP Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAKU, Azerbaijan – Pelumba pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen membuktikan bahawa dia masih merupakan pecabar gelaran dunia Formula Satu (F1) selepas melakar kemenangan kedua berturut-turut dengan menawan Grand Prix (GP) Azerbaijan.

Perkara tersebut diakui ketua pasukan McLaren, Andrea Stella yang menganggap cabaran juara dunia empat kali itu tidak boleh diketepikan walaupun sebelum ini dilihat hampir terkeluar daripada perebutan selepas ketinggalan 104 mata di belakang pendahulu, Oscar Piastri, di GP Belanda hujung Ogos lalu.

Namun, Verstappen berjaya mengurangkan jurang kepada 69 mata selepas kemenangan dominan di Baku semalam, manakala Piastri terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama akibat kemalangan.

Berbaki tujuh pusingan perlumbaan dan tiga perlumbaan pecut, masih terdapat 199 mata maksimum untuk direbut, menjadikan perebutan kejuaraan masih terbuka.

“Kita bercakap tentang Max (Verstappen) dan pasukan Red Bull. Kita sudah lihat di Monza mereka menunjukkan peningkatan jelas. Bukan hanya kerana kereta mereka serasi dengan litar tersebut, tetapi mereka juga pantas di selekoh kelajuan rendah dan sederhana.

“Mereka telah menambah baik jentera mereka. Red Bull juga laju di laluan lurus dan kita tahu bahawa apabila Max memiliki kereta yang kompetitif, dia mampu menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang hujung minggu perlumbaan.

“Sudah tentu Max masih dalam perebutan kejuaraan pemandu. Kami memang tahu itu dan hari ini kami mendapat pengesahan tepat,” kata Stella.

Verstappen kini telah memenangi empat daripada 17 perlumbaan musim ini dan hanya ketinggalan satu kemenangan berbanding Lando Norris dari McLaren.

Pemandu berusia 27 tahun itu juga telah menempah petak utama paling banyak musim ini sebanyak enam kali berbanding Piastri (lima), dan kini mendahului lebih banyak pusingan berbanding Norris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI