fbpx
NEWCASTLE terpaksa akur apabila terikat tanpa jaringan menentang Bournemouth di Stadium Vitality kelmarin. - AGENSI

EPL: Howe terus terlekat badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Hasrat pengendali Newcastle United, Eddie Howe untuk mendapatkan kemenangan ketika menentang bekas kelabnya, Bournemouth sekali lagi berakhir dengan kekecewaan selepas terikat tanpa jaringan pada aksi di St. James Park kelmarin.

Sejak meninggalkan Bournemouth dengan menyertai The Magpies, Howe memiliki tujuh peluang berdepan bekas pasukannya itu, namun terpaksa menyimpan hajat berkenaan apabila seakan berdepan badi untuk meraih kemenangan.

“Kami tahu Bournemouth adalah pasukan yang cukup bagus, namun kami berjaya menghalang mereka daripada melakukan percubaan jauh. Malah, penjaga gol kami, Nick Pope juga turut tangkas menafikan percubaan lawan.

“Terdapat beberapa aspek yang agak bagus tentang prestasi kami termasuk dalam tugasan bertahan. Ini kerana kami tidak hanya mahu bermain baik, tetapi kami juga kena sedar kami akan berdepan kesukaran.

“Malah, Bournemouth juga sedang berada pada prestasi terbaik, jadi untuk saya, memperoleh satu mata merupakan keputusan yang cukup bagus,” katanya.

Pada perlawanan itu, Howe hanya meletakkan kapten pasukan, Bruno Guimereas di bangku simpanan sekali gus menyaksikan rekod 68 kali pemain itu berada dalam kesebelasan sudah pun menemui titik noktah.

Bagaimanapun, Howe merasakan pasukannya wajar diberikan penalti di babak kedua selepas insiden Nick Woltemade ditarik oleh pertahan lawan, Bafode Diakite. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN