fbpx
Keadaan banjir di daerah Penampang yang dirakam dari pandangan udara, baru-baru ini. - Foto IHSAN BENCANA ALAM SABAH

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 601 mangsa banjir daripada 201 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa menurun sebanyak 50 peratus berbanding sebelumnya, manakala keluarga yang terjejas menurun lebih 54 peratus.

Sabah mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 584 mangsa daripada 196 keluarga yang kini berada di tiga PPS.

Mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Papar, Sekolah Menengah Kebangsaan St Patrick dan Dewan Kesenian Islam Membakut.

Sementara itu, Sarawak melaporkan 17 mangsa daripada 5 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS yang dibuka di Dewan Suarah Marudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI