fbpx
Muhammad Maudidi didakwa menerima wang RM2,100 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Pegawai JKM mengaku bersalah terima RM2,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM2,100 daripada seorang individu tanpa balasan untuk mendaftarkan pusat jagaan milik sebuah pertubuhan pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Maududi Abd. Rashid, 36, yang merupakan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat pengakuan bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Maududi didakwa menerima wang berjumlah RM700 pada 5 Julai 2023 melalui pindahan ke akaun miliknya.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh menerima jumlah sama pada 7 Ogos 2023, dan dia sekali lagi menerima RM700 pada 5 September 2023 melalui kaedah transaksi serupa.

Kesemua wang itu dipindahkan daripada akaun sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan urusan rasmi pendaftaran sebuah pusat jagaan di pejabat kebajikan berkenaan.

Muhammad Maududi didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM7,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan seorang penjamin serta menetapkan tarikh jatuh hukum pada 30 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI