fbpx
RODRI dianggap masih belum pulih sepenuhnya dan City mahu berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menyenaraikannya pada aksi menentang Arsenal.- AFP

EPL: Guardiola berdepan sukar buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Menjelang aksi getir menentang Arsenal di Emirates, Manchester City berdepan tamparan hebat apabila status tonggak utama mereka, Rodri masih belum dapat disahkan sama ada cergas atau sebaliknya untuk beraksi malam ini.

Pengendali City, Pep Guardiola percaya beliau tidak boleh mengambil risiko terlalu besar untuk menyenaraikan pemain tengah berpengaruh itu yang masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut yang dialami 12 bulan lalu.

Setakat ini, khidmat Rodri telah digunakan Guardiola dalam dua perlawanan dalam tempoh kurang lapan hari menyebabkan dia dikeluarkan ketika City mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Napoli pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

“Dia adalah pemain bijak yang kami perlukan khidmatnya. Ketika menentang Napoli kami mendahului 1-0 dan kami belum, tetapi saya terpaksa mengeluarkannya kerana dia berada tidak begitu baik.

“Kami sentiasa berbincang untuk memahami apa yang terbaik dan kami berusaha untuk memastikan dia sentiasa cergas. Adakalanya dia tidak selesa ketika latihan, tetapi mampu bermain dengan baik apabila bersama pasukan dalam perlawanan,” kata Guardiola.

Menjelang aksi penting tersebut, City hanya memiliki tempoh rehat yang kurang berbanding Arsenal apabila mereka baru sahaja menentang Napoli kelmarin, manakala aksi The Gunners menentang Athletic Bilbao berlangsung pada awak pagi Rabu.

“Perlawanan menentang Arsenal di Emirates diibaratkan seperti kami perlu mendaki guning yang tinggi. Kami perlu membuat persiapan dalam tempoh dua hari sahaja. Saya tidak pasti, tetapi kami memerlukan proses pemulihan pantas dan rehat untuk lebih bertenaga,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perbelanjaan yang dilakukan beberapa pasukan gergasi pada jendela perpindahan lalu, Guardiola mengakui tidak ada pasukan yang mampu menandingi kemampuan City dalam membuat keputusan mendapatkan pemain.

“Sama ada Arsenal atau Liverpool, jika mereka berjaya memenangi gelaran itu adalah kerana mereka mengeluarkan belanja yang besar mendapatkan pemain baharu, tetapi kami di City memenanginya kerana kerja keras,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI