fbpx
Sivanesan (dua dari kiri) menyampaikan Bakul Rahmah pada Majlis Jalinan Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bersama Komuniti Daerah Muallim sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di Hospital Slim River, Tanjung Malim hari ini.

Fasiliti kesihatan di Tanjung Malim dipertingkatkan untuk pembangunan AHTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Pembangunan pesat Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di daerah ini yang melibatkan pemain industri tempatan dan antarabangsa memerlukan kemudahan fasiliti kesihatan awam dipertingkatkan demi memenuhi keperluan semasa dan masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, langkah jangka masa pendek dan panjang telah dirangka bagi memenuhi pertambahan penduduk untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

“Klinik Tanjung Malim sedang dinaiki taraf dan klinik-klinik berhampiran dengannya khasnya di Slim River dan Sungkai.

“Di Sungkai, kita akan bina trek perlumbaan (Pusat Pengujian Automotif Kebangsaan – NATC) dalam (seluas) 800 ekar mengikut piawaian antarabangsa,” katanya di Dewan Seri Muallim, Hospital Slim River (HSR) di sini hari ini.

Tanjung Malim setakat ini menempatkan dua konglomerat multinasional iaitu syarikat automotif negara iaitu Proton dan firma sektor sama yang berpusat di China, BYD.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu merasmikan Majlis Jalinan Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bersama Komuniti Daerah Muallim sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN