fbpx
Empat remaja termasuk calon SPM antara ditahan setelah positif dadah ketika pulang bercuti dari Thailand.

Calon SPM positif dadah lepas kongsi rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas didapati positif dadah jenis ketamin ketika pulang bercuti dari Thailand semalam.

Remaja berusia 17 tahun itu bersama tiga rakannya berusia 18 tahun ditahan ketika menunggang motosikal di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, kira-kira pukul 3.45 petang.

Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad berkata, pelajar itu mengaku kali kedua mengambil dadah dengan alasan tertekan dan ingin mencuba.

“Remaja itu merupakan anak tunggal yang tinggal bersama datuk dan nenek selepas ibu bapanya bercerai sejak berusia sembilan tahun.

“Dia mengaku mengambil dadah kerana tekanan hidup,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah selepas dipercayai berkongsi rokok yang dicampur bahan terlarang itu ketika berhibur di negara jiran.

“Remaja itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Pulau Pinang setelah memasuki Thailand untuk bercuti pada Sabtu lepas dengan menaiki dua buah motosikal,” katanya.

Operasi bersepadu yang dijalankan pada pukul 3 hingga 5 petang itu turut menahan enam individu berusia 17 hingga 19 tahun yang kesemuanya positif dadah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI