fbpx
Gambar hiasan

Banjir Sabah: Masjid, surau diarah laksana solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat di Sabah susulan musibah banjir dan tanah runtuh.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau merakamkan takziah dan berdukacita dengan musibah yang menimpa rakyat negeri Sabah.

“Semoga seluruh negeri Sabah segera pulih daripada ujian besar yang sedang melanda. Seluruh agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan turun ke lapangan membantu agensi-agensi pusat san negeri bagi menyantuni mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama memanjatkan doa agar keadaan di negeri Sabah segera pulih seperti sediakala.

“Jakim menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap situasi yang dialami oleh rakyat Sabah susulan tragedi banjir dan tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.

“Menyambut saranan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pelaksanaan solat hajat di tiga buah masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari ini selepas solat Maghrib,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 1,172 mangsa banjir daripada 359 keluarga telah ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri. – KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN