fbpx
Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang -Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar selamat tiba dari Doha, hadiri sambutan Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini selepas berlepas dari Doha, Qatar bagi menyertai sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di negeri ini.

Kehadiran Anwar turut disambut oleh pimpinan negeri dan masyarakat setempat, sebelum beliau menghadiri rapat umum bersama rakyat sempena cuti umum Hari Malaysia.

Menerusi perkongsian di platform X, Anwar meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali ke tanah air tepat pada masanya untuk bersama rakyat menyambut detik bersejarah negara.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini dari Doha untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia selain menghadiri rapat umum bersama masyarakat.

“Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kepada semua!” katanya.

Terdahulu, Anwar berada di Doha selama dua hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang membincangkan isu kekejaman berterusan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI