fbpx
GAMBAR fail logo TikTok di skrin telefon bimbit. - Foto AFP

AS, China capai rangka perjanjian isu TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa Washington telah mencapai satu rangka perjanjian dengan China berhubung pemilikan operasi platform TikTok di Amerika, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Scott Bessent berkata, rangka itu dipersetujui dalam rundingan perdagangan di Madrid bagi membuka jalan kepada pemilikan platform tersebut oleh AS. 

Bessent menambah, Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping akan menyelesaikan perjanjian tersebut pada Jumaat ini.

Ujarnya, rangka perjanjian itu bertujuan untuk menamatkan perang perdagangan.

Trump berkata di media sosial miliknya, Truth Social bahawa rundingan tersebut berjalan dengan sangat baik.

Sementara itu, China turut mengesahkan rangka perjanjian tersebut tetapi menegaskan bahawa tiada persetujuan akan dibuat dengan mengorbankan kepentingan syarikat-syarikat negara itu.

Tarikh akhir semakin hampir bagi pemilik TikTok dari China, ByteDance untuk mencari pembeli bagi operasinya di Amerika atau ia berdepan penutupan serta larangan di AS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI