fbpx
Anggota polis forensik hadir ke lokasi kejadian di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, malam tadi.

Remaja 14 tahun maut jatuh pangsapuri bukan sebab buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan tiada unsur buli dalam kes kematian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhamad berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku terhadap mangsa terbabit.

“Bukan disebabkan buli, namun (punca kematian mangsa) siasatan lanjut masih diteruskan.

“Bedah siasat ke atas mayat si mati dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, pagi ini,” katanya di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, mangsa dijaga oleh ibu saudaranya sejak usia kecil selepas kedua ibu bapanya berpisah.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut dipercayai terjun dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini, kira-kira pukul 8 malam semalam.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam di aras enam perumahan terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN