fbpx
Siti menjadi tumpuan utama festival muzik di Jakarta Indonesia, Pesta Pora baru-baru ini.

Meledak di PesPor, rakyat Indonesia minta konsert Siti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMUNCULAN Datuk Seri Siti Nurhaliza di acara festival muzik Pestapora 2025 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini menjadi antara topik bualan netizen minggu ini.

Persembahan yang berlangsung selama satu jam itu disaksikan ribuan penonton yang rata-ratanya teruja melihat Siti menyertai acara muzik di sana.

Video-video persembahannya turut tular dalam media sosial termasuk ketika mendendangkan lagu Cindai, Aku Cinta Padamu dan Nirmala.

Menerusi ruangan komen dalam media sosial, rata-rata menyifatkan Siti sebagai ikon penyatuan Malaysia dan Indonesia.

“Kami sayang Siti, kalau ada konsert memang akan beli!

“Siti memang layak diangkat sebagai ikon dua negara. Peminatnya di Indonesia ramai!

Peminat bahkan berharap Siti kembali mengadakan konsert di sana.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI