fbpx
Barisan pertahanan Penang FC cuba menyekat penyerang JDT, Joao Figueiredo dalam aksi Liga Super, semalam. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Liga Super: Penang FC terlalu hormat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan sindrom ‘lambat panas’ menjadi punca pasukannya dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang meledak lima gol pada babak pertama.

Beliau berkata, pemain juga nampak sedikit tertekan apabila berdepan pasukan lawan dan tidak beraksi dengan kekuatan penuh pada 45 minit pertama dalam perlawanan malam tadi.

Katanya, keadaan sangat berbeza berbanding separuh masa kedua apabila pemain tampak beraksi tanpa tekanan dan mula melakukan serangan ke kubu lawan.

“Secara keseluruhan, boleh dikatakan dua persembahan yang berbeza. Pada awalnya, pemain lambat panas dan situasi ini menyebabkan mereka dihukum JDT. 

“Kita tahu mereka akan bermula dengan agresif untuk menekan kita dan kita tak dapat atasi perkara itu, malangnya kita Dibolosi lima gol.

“Ketika rehat separuh masa, saya beritahu pemain jika mereka terus tunduk, makin banyak JDT akan skor. Jadi, mereka bermain habis-habisan dan nampak perubahan,” katanya.

Ditanya mengenai gol Dylan Wenzel-Halls yang dibatalkan, Wan Rohaimi menerima keputusan pengadil perlawanan dengan sebaiknya.

“Gol tersebut dibatalkan (setelah semakan video bantuan pengadil) kerana didapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol, jadi kita terima sahaja keputusan itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN