fbpx
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berucap pada Sesi Townhall Anti Buli di Putrajaya di sini, hari ini. - FOTO- FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Pentadbir, guru bertanggungjawab tangani isu buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) mahu semua pentadbir dan guru perlu bertanggungjawab penuh dalam menangani kes buli yang berlaku di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tanggungjawab itu perlu dilakukan tanpa sebarang kompromi.

Beliau berkata, isu buli bukan sekadar dikendalikan mengikut peraturan pentadbiran semata-mata, sebaliknya tanggungjawab moral serta asas pendidikan karakter yang perlu dijunjung seluruh warga sekolah.

“Sepatutnya tidak ada langsung (ketakutan atau cubaan menyembunyikan kes). Ini adalah tanggungjawab yang mesti dikendalikan oleh semua pihak termasuk sekolah.

“Kita sudah memberi jaminan bahawa semua kes ini mesti disiasat dengan telus,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Dialog Awam Tribunal Antibuli Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Katanya, setiap kes buli mesti dilaporkan mengikut prosedur sedia ada sebelum dibawa ke peringkat tribunal undang-undang, selaras dengan garis panduan KPM.

Pada masa sama, katanya, KPM telah melaksanakan reformasi pada portal aduan bagi memberi jaminan keselamatan kepada pelajar yang tampil membuat laporan.

Dalam pada itu, Fadhlina menjelaskan, garis panduan menangani isu gangguan seksual dan jenayah buli ini telahpun diguna pakai di peringkat kementerian seawal tahun 2023.

“Tetapi kita tidak berhenti setakat itu sahaja, malah usaha-usaha itu terus diperkukuhan dengan pelbagai langkah untuk memastikan bahawa gejala buli ini benar-benar mendapat sentuhan yang holistik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI