JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia bertukar kecoh apabila ‘diserbu’ seorang pekerja kurier yang ingin menghantar barang dipesan secara online oleh pengantin lelaki, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zakwa35 menunjukkan pekerja itu memakai baju syarikat kurier J&T Express.
Dia dilihat menikmati makanan sambil menunggu pengantin lelaki bergambar dengan pengantin perampuan di atas pelamin.
Pekerja itu terpaksa menunggu sehingga pengantin lelaki selesai membuat bayaran tunai.
Rakaman itu mencatatkan lebih 715,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bukan salah kurier, salah pembeli,” kata seorang netizen.
“Lain kali bayar terus, jangan ‘COD’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI