fbpx
GAMBAR HIASAN.

Townhall isu buli akan dibahas di Parlimen – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan laporan rasmi mengenai isu buli hasil sesi Townhall Hentikan Buli: Suara Rakyat, Tanggungjawab Kita akan dibentangkan di Parlimen sebelum dibahaskan.

Menurut Tan Sri Johari Abdul, ketika ini laporan berkenaan sedang disiapkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Malaysia.

Bagaimanapun katanya, tarikh perbahasan mengenai isu tersebut akan diputuskan selepas laporan lengkap diserahkan kepada pihaknya.

“Saya tengok dulu laporan itu, lepas itu baru saya buat keputusan bila nak dibahaskan. Insya-Allah kalau lagi cepat mereka sediakan laporan sebab kalau mengikut Pengerusi tadi dia akan pergi townhall dulu dan townhall itu akan berlaku di luar Kuala Lumpur.

“Mungkin ambil masa lah tapi tengoklah saya dapat laporan itu saya akan sesuaikan,” katanya selepas merasmikan sesi Townhall Hentikan Buli di Dewan Bankuet, Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, perbahasan penting untuk memastikan rakyat mengetahui dapatan dan cadangan yang dikemukakan, selain memberi ruang kepada kerajaan mengambil tindakan susulan.

“Pandangan ini akan dikutip, akan dibukukan, akan dijadikan laporan dan insya-Allah saya akan membenarkan debat berlaku supaya seluruh negara tahu bahawa ada satu kumpulan manusia berpayung di bawah jawatankuasa ini memandang serius apa yang sedang berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI