fbpx
Antara penerima bakul makanan sumbangan YSIJ di Pontian, Johor hari ini. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 1,000 bakul makanan buat rakyat Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan komitmen kebajikan dengan menyumbangkan 1,000 bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di daerah Pontian, Johor hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan, serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Haziq Abdul Latiff sebelum diagihkan kepada penerima.

“Majlis berlangsung di Dewan Homestay Kampung Parit Puteri Menangis bagi komuniti Kukup dan Dewan Terbuka Kompleks Penghulu Mukim Serkat bagi komuniti Benut.

“Setiap bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak bagi membantu kelangsungan hidup rakyat yang kurang berkemampuan,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN