fbpx
ISAK (tengah) cuba melepaskan percubaan ke gawang Kosovo dalam kekalahan mengejut 0-2 awal pagi tadi

Isak gagal bantu Sweden menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRISTINA – Sweden terus kempunan untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas mengejut 0-2 kepada negara No. 95 dunia, Kosovo di Stadium Fadil Vokrri awal pagi tadi.

Walaupun mendominasi perlawanan dari segi penguasaan bola, namun pasukan yang dibarisi duo penyerang Liga Perdana Inggeris (EPL), Alexander Isak dan Viktor Gyokeres itu gagal menembusi pintu gol lawan.

Isak yang kembali beraksi buat kali pertama dalam tiga bulan selepas berhijrah menyertai Liverpool menerusi yuran perpindahan £125 juta (RM714.06 juta) bukan sahaja gagal bersinar, malah turut terlibat insiden pergaduhan dengan pertahanan Kosovo, Fidan Aliti.

Ketua jurulatih Sweden, Jon Dahl Tomasson mengakui pasukan tuan rumah lebih layak untuk mengutip tiga mata memandangkan skuad kendaliannya menampilkan aksi cukup hambar sepanjang perlawanan.

“Kosovo memang layak untuk mencatat kemenangan pada perlawanan ini. Kami gagal untuk mengekalkan prinsip permainan seperti dirancang apabila banyak kehilangan bola selain bergerak terlalu perlahan.

“Kami gagal untuk mengekang serangan balas yang dilakukan Kosovo dan itu membuktikan kami tidak bermain sebagai satu pasukan. Barisan kejurulatihan juga menjadi punca kekalahan ini,” katanya.

Menerusi keputusan itu, Sweden kini memilih jalan sukar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan apabila menghuni tangga ketiga Kumpulan B di belakang Switzerland dan Kosovo dengan satu mata.

“Kami cuba menampilkan aksi berbeza di separuh masa kedua tetapi jentera serangan seperti tidak ada idea. Permainan kami tidak tersusun, sama ada dari segi serangan ataupun bertahan,” ujar Tomasson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN