fbpx
Anwar mengadakan perbincangan dengan Presiden Filipina menerusi perbualan telefon, semalam. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Malaysia, Filipina sepakat perkukuh kerjasama serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.

Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, perbualan antara pemimpin negara itu turut menekankan kepentingan memperkukuh perpaduan dan kesepaduan ASEAN bagi menghadapi cabaran geopolitik semasa, selain mengukuhkan kerjasama mengenai keselamatan serta pembangunan ekonomi.

Kata Anwar, perbincangan juga menyentuh isu konflik Thailand-Kemboja, dengan kedua-dua pihak menegaskan komitmen bersama terhadap usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN