fbpx
PARA pemain England meraikan kemenangan 2-0 ke atas Andorra di Villa Park minggu lalu. - AFP

England mahu teruskan rekod sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELGRADE – Pengurus England, Thomas Tuchel melaungkan keyakinan skuad kendaliannya berada pada landasan terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Serbia di Stadium Rajko Mitic awal pagi esok.

Skuad The Three Lions berada dalam laluan cukup baik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia apabila mendahului saingan Kumpulan K dengan 12 mata selepas mencatat kemenangan dalam kesemua empat perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun, Tuchel tidak mahu anak-anak buahnya berasa terlalu selesa menjelang perlawanan tersebut meskipun mereka dianggap tidak berdepan banyak masalah untuk pulang dengan tiga mata.

“Saya ingin menjelaskan bahawa setiap pemain memiliki peluang untuk merebut tempat dalam pasukan. Tidak kira sama ada pemain muda atau senior, pintu sentiasa terbuka jika mereka menampilkan aksi terbaik.

“Sekarang fokus kami adalah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia, jadi kami mahu mencatat keputusan yang baik dalam saingan kelayakan. Kami mahu mengekalkan keputusan positif menjelang aksi menentang Serbia,” katanya.

Pengendali dari Jerman itu juga memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya tidak menganggap mereka sudah layak ke Piala Dunia memandangkan saingan kelayakan masih belum berakhir.

“Memang benar kami merupakan pasukan teratas dalam kumpulan tetapi ia belum memberi jaminan bahawa kami sudah layak ke Piala Dunia. Masih ada beberapa perlawanan perlu diharungi,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN