fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Ronaldo di laman Instagram.

[VIDEO] Ronaldo buat pengiring cilik tersentuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan spontan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo memeluk dan memberi perhatian kepada seorang pengiring cilik sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia Portugal kelmarin mencuri perhatian ramai selepas kanak-kanak itu dilihat begitu terharu dengan layanan bintang bola sepak dunia itu.

Detik manis itu berlaku ketika lagu kebangsaan Armenia dimainkan, yang memperlihatkan kanak-kanak lelaki yang mengiringi Ronaldo kelihatan begitu bersemangat menyanyikan lagu negaranya sehingga menarik perhatian kapten pasukan kebangsaan Portugal itu.

Ronaldo kemudian memeluk pengiring tersebut, membuatkan si cilik tersenyum lebar dan sangat gembira.

Ronaldo turut berkongsi detik tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram.

“Saya ada kawan baharu semalam. Sangat bersyukur atas kasih sayang dan sokongan setiap hari. Saya harap semua orang dapat capai impian mereka,” ujarnya.

Tindakan Ronaldo itu menerima pujian ramai yang menyifatkan beliau bukan sahaja hebat di padang, malah memiliki jiwa yang besar dan peka terhadap persekitarannya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN