fbpx
RAMLI bersama isterinya ketika membeli barang-barang keperluan dapur di sebuah pasar raya di Kluang hari ini.

Warga emas kecewa ‘dinafikan’ beli minyak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Sepasang suami melahirkan rasa kecewa apabila gagal mendapatkan bekalan minyak masak peket hanya kerana tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengimbas kod QR seperti disyaratkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ramli Jaafar, 59, berkata, pembelian minyak masak peket menggunakan aplikasi e-Coss yang diperkenalkan (KPDN) pada amnya amat baik untuk menghalang ketirisan selain mengelakkan warga asing menikmati potongan subsidi diberikan kerajaan.

Namun katanya, pada sebelah pihak lain, ia amat menyusahkan rakyat khususnya golongan warga emas yang tidak mempunyai telefon bimbit atau sekurang-kurang jenis andriod untuk mengimbas kod QR.

“Selain daripada itu, ia juga secara tidak langsung melambatkan pergerakan di setiap kaunter bayaran apabila perlu membuat imbasan pada kos QR terlebih dahulu sebelum dibenarkan mendapat bekalan minyak masak peket itu.

“Sistem ini bukan sahaja menyusahkan mereka yang tinggal di bandar namun lebih perit lagi kepada orang-orang kampung di pendalaman,”katanya kepada ditemui di sini

Menurutnya lagi, melihat kepada cara penggunaan kod QR itu, dapat dibayangkan macam mana ibu bapa tinggal di pendalaman yang perlu ke pasar raya terpilih semata-mata untuk membeli dua peket minyak masak kerana kemungkinan kedai-kedai runcit tidak mempunyai kemudahan itu.

Ujarnya, bagi warga emas yang tinggal berdua di bandar turut berhadapan perkara sama dan tidak semua mereka akan ditemani anak-anak untuk membeli barang-barang keperluan dapur.

“Lebih merumitkan apabila mereka hanya mempunyai telefon model lama yang sudah semestinya tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR tersebut,”katanya.

Seorang lagi penduduk Kluang, Mohd Shafie Ali,58, mempersoalkan mengapa pembelian minyak masak peket ini tidak menggunakan kad pengenalan sahaja kerana ia lebih mudah daripada penggunaan Kod QR.

Katanya, kerajaan sepatutnya memikirkan kepayahan orang-orang tua yang tinggal di kampung kerana kebanyakan mereka tidak memiliki telefon yang membolehkan untuk mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi itu.

“Justeru itu, diharapkan kerajaan memikirkan semula perlaksanaan sistem pembelian minyak masak peket ini kerana ramai mereka yang sepatutnya boleh mendapat manfaat tercicir akibat daripada tiada kemudahan seperti disyaratkan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN